Fuh!... bukan mudah untuk menghasilkan keadaan dalaman rumah burung walit yang sesuai dengan habitat alami walit. Suhu dan kelembapan merupakan faktor-faktor yang sangat penting dan amat perlu diteliti. Boleh dikatakan ia merupakan antara faktor utama yang mampu menentukan kejayaan sesebuah rumah burung walit.
Perjalanan dan pengalaman bumah burung walit al-barokah dalam usaha menjadikan keadaan dalamannya stabil dan menepati habitat alami sebenar burung walit amat panjang dan penuh liku. Berbagai cara cuba dilakukan, ada yang menghasilkan kesan yang positif dan tidak kurang juga yang memberikan kesan yang semakin buruk. Sedikit perkongsian berdasarkan pengalaman pengusaha sendiri dalam menghadapi beberapa masalah suhu dan kelembapan yg dihadapi oleh RBW al-barokah ini.
1. Suhu yang tinggi sehingga mencecah 32*C.
Diatasi dengan cara mengecat dinding luar menggunakan cat tahan cuaca berwarna putih, menggunakan kipas di ruang dalam yang dihidupkan oleh suiz peka haba, menempatkan kolam-kolam kecil/besen rapat ke dinding yang terkena cahaya paling banyak dan menggunakan blower untuk menyedut udara panas dari dalam ke luar.
2. Kelembapan yang agak rendah.
Diatasi dengan menempatkan beberapa kolam/besen di dalam RBW mengikut keperluan dan lokasi yang tertentu, menggunakan kipas yang dihalakan ke permukaan air kolam, menggunakan humidifier yang dihidupkan oleh alat pemasa.
Setelah dilakukan beberapa pengubahsuaian demikian, kesan yang positif dapat dilihat berdasarkan data yang dihasilkan oleh hygrometer yang menunjukkan bacaan suhu tertinggi adalah 29.2*C dan kelembapan terendah adalah 78%. Namun terdapat juga beberapa masalah lain yang terjadi.
Beberapa masalah yang dapat dikesan adalah;
1. Suhu terendah yang agak rendah iaitu 25.6*C dan kelembapan yang agak tinggi iaitu melebihi 95% yang kedua-duanya berlaku sekitar jam 3-7 pagi.
2. Kesan kebocoran paip air yang disambung ke mesin humidifier menyebabkan lantai tingkat atas basah dan mengakibatkan papan sarang tingkat bawah lembab dan berkulat.
Itulah antara kesan negatif yang terjadi. Semoga semua masalah dapat diatasi dan dipermudahkan.
Wednesday, September 21, 2011
Tuesday, June 21, 2011
Perang Suhu
Suhu di luar Rumah Burung Walit Al-Barokah mencecah 36*C. Manakala suhu dalamnya pula boleh mencecah sehingga 32*C. Situasi sebegini amat tidak baik bagi si walit yang baru mula untuk menyesuaikan diri dalam sesebuah RBW. Suhu persekitaran yang panas merimaskan si walit. Liur mereka kering dan sukar untuk menyiapkan sesebuah sarang. Faktor sedemikian menyebabkan sarang yang terbentuk tidak sempurna ataupun cacat.

Dengan mengambil kira teori pemindahan haba, cahaya matahari membawa kapsul tenaga dan pengaliran haba yang lembab dalam dinding simen memeningkan kepala seseorang pengusaha sarang walit. Tidak terkecuali kepada Al-barokah, perang suhu telah menggamit beberapa inovasi teknologi alat penyejuk yang mampu menghasilkan ruang bersarang yang kondusif bagi walit. Beberapa ciptaan berinovasi seperti sistem penyaman udara, humidifier dan ventilasi paksa (forced ventilation) berjaya dihasilkan dan telah ditempatkan di lokasi-lokasi yang strategik.
Akhir sekali, pepatah bugis pernah menyatakan 'mencegah lebih baik daripada merawat'. Penat-penat merawat suhu yang tinggi di dalam RBW dengan menggunakan belbagai peralatan, nampaknya kesan yang dihasilkan kurang signifikan. Maka kembali kepada pepatah Jepun tersebut; mencegah lebih baik... Sehubungan dengan itu, bagi mencegah haba yng tinggi daripada menyerap ke dalam dinding simen maka dinding tersebut diwarnakan dengan warna putih berseri. Satu transformasi yang agak memenatkan kerana semua pekerja bangla sudah balik negara masing-masing ha ha haa...

Setelah dinding berkenaan disaluti dengan cat putih, bertambah la seri RBW tersebut. Suhu paling tinggi yang dicatatkan adalah sekitar 30*C.

Dan yang paling best ialah terbentuknya kelibat sarang pertama dibina oleh sepasang walit muda setelah 10 minggu RBW Al-barokah beroperasi. Semoga yang lain-lain pun turut mengembangkan koloni mereka di dalam RBW ini.

Friday, May 6, 2011
Bermulanya sebuah pengharapan
Assalamualaikum w.b.t.
Tanggal 16 Mac 2011, bersama doa dan harapan RBW al-barokah selamat memulakan operasi. Bersandarkan dengan semua ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dari sifu dan kawan-kawan, semua kelengkapan minimum berjaya ditempatkan pada lokasi yang sepatutnya.
Lokasi : Melaka.
Persekitaran : Sawah, pantai dan ladang kelapa sawit.
Ukuran bangunan : 20'x40'x2 tingkat.
Ketinggian setiap ruang : 9'
Material dinding : Batu bata merah berplaster keseluruhan.
Material atap : asbestos.
Saiz LMB : 2' x 3'
Saiz roving area : 10' x 13'
Speaker dalam : motorola quality pizo tweeter 2"x7"
Speaker luar : horn tweeter dan DIY bazooka.
Sistem penyejuk dan pelembap : kolam, kipas dan DIY ultrasonic humidifier.
Alatan tambahan : pengawal suhu automatik BGM, penjana bubble dalam kolam.
Selepas hampir dua bulan beroperasi, lebih 100 ekor walit telah berkunjung melawat dan sebahagianya menginap di dalam RBW ini. Namun seketul sarangpun masih belum kelihatan. Fenomena biasa bagi sesebuah RBW yang baru beroperasi, cabaran yang paling getir adalah untuk menjayakan penghasilan sarang pertama. Kesabaran yang tinggi berserta doa yang berterusan ke hadrat Illahi amatlah diperlukan. Semoga semuanya berjaya.
Saturday, January 1, 2011
Rumah Burung Walit Al-Barokah

Rumah Burung Walit Al-Barokah
Bangunan hotel sederhana untuk penginapan si walit bertuah sedang dalam pembinaan. Kawasan sawah, pantai, denai dan ladang kelapa sawit menjadikan tempat tersebut sebagai lokasi pilihan untuk mendirikan sebuah bangunan dua tingkat dengan keluasan 20' x 40'. Kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan tanpa mengira hujan, panas dan cuti umum.
Dengan pelaburan bajet yang sederhana, struktur bangunan yang dibina cuma mengambil kira aspek kelengkapan yang minimum bagi sesebuah rumah burung. Setiap hari kelihatan lebih 50 ekor burung walit berterbangan pada waktu-waktu tertentu di sekitar kawasan pembinaan.
Bersandarkan harapan yang tinggi diharapkan agar rumah burung ini berjaya memberikan layanan terbaik kepada si walit seterusnya menghasilkan jumlah sarang yang cemerlang.

Subscribe to:
Posts (Atom)